Pages

Friday, October 23, 2009

Sudah lama saya tak update blog saya ni, asyik baca blog orang lain je. Umi, ayah, Hakim dan Alya asyik menyuruh saya masukkan entri baru, tapi saya malas nak buat. Tapi hari ini saya nak ceritakan sikit pasal kawan saya ni. Nama penuh Luqman Hakim bin Azizi kitorang panggil Hakim.Dia ni anak cikgu dan juga anak jururawat. Dia adalah antara pelajar yang terbijak dalam kelas 5 Mulia. Dia tinggal di Bandar Jengka. Dia mempunyai blog http://muslim-malaysia.blogspot.com.Sampai di sini sajalah sekian wassalam.

Thursday, July 9, 2009

PERGI BERKHEMAH

Esok saya hendak pergi berkhemah SKIMP Keris Perak (Pengakap) di Tapak Perkhemahan Pengakap, Maran sehingga hari Isnin. Sebab itu saya menulis banyak-banyak kerana nanti lama pulak saya tak buat entri.

Sampai sini saja. Saya hendak mengemas barang-barang untuk esok.

Tak sabarnya nak pergi berkhemah esok!!! Yahoooo..

PAKSU NAK BALIK!!!!

Saya rasa seronok sangat sebab Paksu saya nak pulang ke tanah air dari Korea Rabu depan. Pak Su tu bapa saudara saya, iaitu adik bongsu ayah saya. Nak tau Pak Su saya buat apa di Korea? Pak Su belajar di sana. Kursus kejuruteraan. Saya pun tak tau apa kursus kejuruteraan tu. Nantilah saya tanya Pak Su saya.

Saya teringin sangat nak pergi ke KLIA untuk jemput Pak Su. Tapi sebab hari sekolah umi saya kata tak boleeeeeh!!!! Kesian nya saya..





Pak Su saya yang hensem di sebelah kiri tu. (Pak Su kene belanja abang Long ni hehehe)







Best la Pak Su, di Korea ada salji.
Saya pun nak belajar kat luar negara yang ada salji macam Pak Su...

Tapi Pak su cakap jangan lah belajar kat korea, belajar lah tempat lain.

Kenapa yeeee...



Ye....Ye...Pak Su nak balik!!!!

HASIL KERJA SYAFIQ!





Inilah antara hasil kerja adik saya. Sebenarnya syafiq warnakan saja. Lukisan disediakan oleh guru. Cantik tak adik saya mewarna?

KISAH LUCU ADIK SAYA

Hari ini saya nak cerita satu kisah yang saya rasa agak lucu tentang adik saya, syafiq. Kisah ini berlaku pada peperiksaan pertengahan tahun di sekolah agama yang lalu. Ustaz kelas adik saya, ustaz Masri menyuruh semua murid menulis nama di kertas ujian bermula dari kanan sebab tulisan jawi. Tetapi sekiranya tidak pandai menulis jawi boleh tulis dalam tulisan rumi. Jadi syafiq pun buat macam ni...jeng..jeng..jeng...

Saya bukan nak tunjuk markah dia, saya nak tunjuk cara dia tulis nama dia. Mungkin dia faham ustaz suruh tulis nama dari kanan, tapi sebab dia tak tau tulis jawi jadi dia tulis menggunakan tulisan rumi daripada kanan macam kat atas tu..ha..ha..ha..

Mula-mula umi saya yang tengok kertas ujian ni. Lepas tu umi saya ajak kami sama-sama tengok kertas itu. Apalagi, kami terus ketawa terbahak-bahak, kecuali syafiq, dia tercengang-cengang tak paham. Selepas itu dia menangis....

Rasanya susahkan nak tulis rumi terbalik macam tu kan...

Tuesday, July 7, 2009

Makan Pizza Hut.

Sudah lama saya tidak Makan Pizza Hut, tetapi malam semalam ibu saya [ibu saudara saya] telah membelanja kami makan di Restoran Pizza Hut. Yang pergi ke Restoran Pizza Hut adalah keluarga saya dan tiga orang lagi iaitu Maktih, Ibu dan TokMak.
Kami menunggu pesanan yang telah dipesan.Akhirnya pizza itu sudah sampai. Saya makan tiga keping pizza. Selepas makan pizza saya menghirup sup cendawan.Sampai di sini sajalah tentang makan Pizza Hut ini. Terima kasih ibu, kalau sudi belanjalah kami lagi.


IBU yang belanja yang duduk sebelah umi saya yang pandang kamera depan sekali














Ada tak orang lain nak belanja saya pizza hut?

Wednesday, July 1, 2009

TERIMA KASIH PAKCIK SYUK!!

Eh, tiba-tiba blog saya ni semakin cantik pulak. ada gambar saya dalam tv. Bukan saya yang buat macam ni. Tapi saya rasa saya tau siapa yang tolong buatkan..

Ini tentu Pakcik Syuk....

Terima kasih Pakcik Syuk!!!!